Assalamualaikum and a very good afternoon.
Nama diberi Hasreenajua bt A.Rahman. Dilahirkan pada pukul 10.10 pagi bersamaan 26 Januari 1992 bertempat di HBKL. Dibesarkan oleh seorang mak dan abah yang awesomee. Salmah binti Baba juga A.Rahman Md. Ella. Dikerumuni dgn kakak dan abang yang mengarut tapi penyayang. Maklumlah anak bongsu dari 4 beradik haruslah mengada sikit. Mendapat pendidikan awal disekolah kebangsaan taman tasik ampang. Selama 6 tahun disekolah tu buat bende nakal tak sepatutnya. Lepas dah bosan, pindah pulak sekolah menengah kebangsaan taman tasik. 5tahun dibelenggu dengan cikgu disiplin, akhirnya saya bebas ke alam universiti. harharhar. Meneruskan lagi zaman kegemilangan kenakalan di managment and science university mengambil bidang pharmacy. Tetapi setelah setahun saya kecundang sbb yuran yang mahal dan terlalu alpa mengejar dunia. Kesian. Kini sy ditempatkan di uitm kuala pilah. Dimana sy mengenal erti kebaikan dan kesolehaan. Berdarah seni, dan lebih kepada hal sendiri. Tak pandai nak sebok hal orang, seorang yang pendiam kalau tak ada bende nak cakap. Degil dan keras hati. Ni ada satu puisi rekaan sendiri :)
Syukur
Aku bersyukur pada-Mu Tuhan
kerana masih ada yang sayang dan tak anggap aku beban
Aku bersyukur pada-Mu Tuhan
kau beri aku nikmat Islam & Iman
Aku bersyukur pada-Mu Tuhan
aku tak jauh menyimpang dari jalan keredhaan
Moga ketenangan dan kebahagiaan
yang Engkau anugerahkan.
-ReenRahman
No comments:
Post a Comment